Pendidikan Francis Crick

Crick gagal mendapat tempat di sebuah kolej Cambrdige berikutan kegagalannya dalam ujian bahasa Latin, namumn masih mendapat tempat di University College, London sehingga memperolhei ijazah Sarjana Sains (Bachelor of Science) dalam bidang fizik.[9] Beliau ingin memulakan kerja PhDnya diUCL namun dihalang keadaan genting yang berlaku dalam Perang Dunia Kedua.

Semasa tercetusnya perang dunia tersebut, beliau bekerja dalam Makmal Kajian Pelayaran (Admiralty Research Laboratory)'; beliau terlibat dalam pembangunan dan perekaan periuk api laut jenis akustik dan elektromagnet, terutamanya rekaan yang mampu melolosi pengesanan oleh kapal perang Jerman.[10]

Beliau akhirnya dapat meneruskan pengajian kedoktorannya[11] serta menjadi Felo Kehormat Gonville and Caius College, Cambridge dan menjalankan kerjanya di beberapa makmal di Cambridge.

Rujukan

WikiPedia: Francis Crick http://www.skeptic.com/eskeptic/04-07-30.html http://embryo.asu.edu/pages/francis-harry-compton-... http://adsabs.harvard.edu/abs/1882Natur..25R.529D http://adsabs.harvard.edu/abs/2004Natur.430..845R http://socialarchive.iath.virginia.edu/ark:/99166/... http://catalogo.bne.es/uhtbin/authoritybrowse.cgi?... //www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/13580867 //www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/15318208 http://aleph.nli.org.il/F/?func=find-b&local_base=... http://data.bibliotheken.nl/id/thes/p069393702